Sunday, 2 February 2014

Minit Mesyuarat 2014

                                                                                                                
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KEDAI BULOH
JALAN KUALA BESAR, 15350 KOTA BHARU, KELANTAN
                                                                                                                            SMKKBh :
                                                                                                                            Tarikh :  24 Disember 2013

Kepada,
En. Saifuddin bin Hamid (GKTV)
Pn. Zairina bt Ismail (KP)

Tuan/Puan:

MESYUARAT PANITIA  EKONOMI  ASAS  KALI PERTAMA  2014

Perkara dia atas dirujuk. Tuan di jemput hadir sebagaimana berikut
            Tarikh     :   26 Disember 2013
            Masa       :  8.30 am
           Tempat    :  Bilik  Kokurikulum

2.  Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :
    2.1   Ucapan Pengerusi
    2.2   Pengesahan Minit Mesyuarat Keempat 2013
    2.3   Perkara Berbangkit
    2.4   Analisa  dan Post Mortem Pepriksaan  Akhir Tahun Tingkatan 4 2013
    2.5   Analisa Item
    2.6   Perlaksanaan Dasar Kurikulum 2014
    2.7   Bajet / Kewangan 2014
    2.8   Perlantikan Penyelaras Tingkatan
    2.14 Hal- hal lain

3.  Diharapkan tuan dapat menghadirkan diri.

Sekian , terima kasih

Saya yang menurut perintah,

……………………………………………..
(PN. ZAIRINA BT ISMAIL)
KP Ekonomi Asas
SMK Kedai Buloh, Kota Bharu




MINIT MESYUARAT PANITIA EKONOMI ASAS KALI PERTAMA 2014


Tarikh    :   26 Disember  2013
Masa     :   8.30 am
Tempat :   Bilik Seni
Kehadiran  :  1.  En. Saifuddin bin Hamid (GKTV)
                       2.  Pn. Zairina bt Ismail (KP)

Agenda  :

1.       Ucapan pengerusi

Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan al- fatihah dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru yang hadir mesyuarat panitia kali pertama 2014.

Berdasarkan focus pengetua, peratus kelulusan SPM pada tahun 2014 mestilah meningkat 3% dan peratus kecemerlangan meningkat 0.5% dengan NGP 4.97. Bagi kelas bukan peperiksaan , peningkatan sebanyak 7% setiap kali peperiksaan. Guru-guru mesti celik   “Head Count “ (HC3) dan pemantauan semakan buku latihan mestilah dilakukan sepanjang tahun.

Bagi menjayakan  NKRA, MKRA, KPI dan PPPM, guru kanan, ketua panitia dan guru-guru ada KPI masing-masing kearah mencapai Baiah (new deal). Pelaksanaan dasar-dasar dan program KPM seperti MBMMBI, BOS (Blue Ocean Strategy), 1 Murid 1 sukan, PBS, KBAT dan pelaksanaan VLE (Virtual Learning Education).  Selain daripada itu, memperkasakan SKPM kepada 90%, menghayati dan melaksanakan PPPM, memperkasa MMI serta transformasi asrama harian.


2.      Pengesahan Minit Mesyuarat  Kali Pertama 2014

Pn Zairina bt Ismail mencadangkan minit mesyuarat kali keempat 2014  disahkan dan En. Saifuddin bin Hamid menyokongnya.

3.      Perkara Berbangkit

Tiada

4.      Analisa Keputusan  Dan Post Mortem Pepriksaan Akhir Tahun Tingkatan 4, 2013

Jumlah calon           :      96 orang
Peratus lulus           :      84.0 %
NGP                          :      7.00
Bil calon dapat A    :      1 orang
Bil calon dapat B    :      4 orang
Bil calon dapat C    :      28 orang
Bil calon dapat D    :      18 orang
Bil calon dapat E    :      17 orang

Kelemahan
a.      Pelajar tidak membuat persediaan yang rapi bagi menghadapi peperiksaan
b.      Sebahagian  pelajar tidak menjawab mengikut teknik yang tepat.
c.       Soalan bahagian B, kertas 2 tidak dijawab dengan sempurna oleh pelajar.
d.      Tidak dapat menguasai soalan kertas 1 dengan baik.

Kekuatan
a.      Guru yang berpengalaman lebih daripada 5 tahun
b.      Pelajar kelas  4E1 bermotivasi untuk meningkatkan pencapaian kendiri
c.       Sokongan daripada pihak sekolah dan ibubapa amat memberangsangkan

            Penambahbaikan 
            a.    menjalankan P&P lebih terancang
            b.    mengadakan kelas stayback
            c.    kelas tambahan semasa cuti persekolahan dan pada hari sabtu.
           d.    Kelas bestari pada waktu malam
            e.   Bengkel teknik menjawab soalan
            f.    Kem kecemerlangan SPM


5.      Analisa Item

Guru-guru di ingatkan bahawa setiap kali peperiksaan dilaksanakan analisa item perlu dibuat dan hantar pada ketua panitia.

6.      Pelaksanaan  Dasar Kurikulum

6.1    Penolong Kanan Pentadbiran memaklumkan bahawa Dasar Kurikulum Sekolah mesti selari dengan dasar yang ditetapkan oleh JPN, KPM dan Akta Pendidikan Negeri

6.2    Penjelasan Dasar Kurikulum Sekolah merangkumi:
1.                  Mesyuarat-mesyuarat AJK Kurikulum dan panitia empat kali setahun – rujuk takwim sekolah
2.                  Menetapkan sistem fail – 11 fail – rujuk bahan edaran
3.                  Sukatan/rancangan pelajaran – disediakan garis panduan dan rujukan guru
4.                  Jadual waktu – menetapkan waktu, jadual induk dan persendirian, jadual ganti serta waktu persekolahan
5.                  Penilaian dan peperiksaan – termasuk kerja kursus, Ujian Lisan, PEKA
6.                  Perbelanjaan / Kewangan
7.                  Pemantauan
6.3    Dasar Kurikulum (6.2) tersebut perlu dihayati dan dilaksanakan di sekolah secara sistematik dan berkesan.
6.4    Penolong Kanan Pentadbiran membaca dan memberi penerangan mengenai bidang Tugas dan Tanggungjawab Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua Panitia dan setiausaha supaya mengetahui dan memahami setiap tugas supaya pelaksanaannya nanti menjurus ke arah piawaian berkualiti.
6.5    Penjelasan Audit Kurikulum bukan hanya berfokus kepada peperiksaan semata-mata,juga merangkumi aspek-aspek lain seperti:
1.                  Jumlah Mesyuarat setahun
2.                  Analisis item – mengikut format panitia masing-masing
3.                  Program-program yang dirancang, dilaksanakan serta ada penambaikan
4.                  Sistem fail
5.                  Manual pengurusan panitia
6.                  Post-mortem setiap kali peperiksaan , TOV,OTI dan ETR
7.                  Pencerapan dan semakan buku latihan
8.                  Headcount
6.6 Semua ketua panitia dan setiausaha unit pentadbiran dan pengurusan seperti unit kurikulum, kokurikulum dan HEM mesti menghantar Manual Pengurusan pada minggu kedua sesi persekolahan kepada Penolong Kanan Pentadbiran.

7.      Perlantikan Penyalaras Tingkatan

Tingkatan 4:
 Pn. Zairina bt Ismail

Tingkatan 5
En. Saifuddin bin Hamid.

8.      Bajet

Bajet yang diperuntukkan kepada Panitiia Ekonomi asas pada tahun 2014 adalah sebanyak RM904.50 (rujuk lampiran)


9.      Penyelaras Tingkatan

Tingkatan 4 : En. Saifuddin bin Hamid
Tingkatan 5  : Pn. Zairina bt Ismail


10.  Hal-hal lain
Tiada



Majlis ditangguhkan pada pukul 10.30 am.




Disediakan oleh:                                                                   Disemak oleh:


……………………………………..                                                  ……………………………………………..
(PN.ZAIRINA BT ISMAIL)                                                   (EN. SAIFUDDIN BIN HAMID)
KP Ekonomi Asas                                                               Guru Kanan Teknik & Vokasional

SMKKBh                                                                              SMKKBh

No comments:

Post a Comment